Pernah satu hari saya pegi ke sbuah shopping complex,kemudian
ade la mat2 rempit dok melepak kt satu sudut,kemudian berlaku 1 kejadian yg
buat saya tertarik..
pertama: lalu sorg minah seksi..
...
mat rempit: "fuyyoo,seksi gile..geram plak aku tgk body die,kalo la aku dpt ni..hishh"
kedua: lalu plak dua org muslimah yg cukup lgkap dgn jubah dan tudung labuh
mat rempit: "perghh,cun btul awek dua org ni,kalo dpt buat bini ni,bertuah la badan"
kwn si rempit: "assalamualaikum kak long..jalan elok2 ye" (cube mengorat gak)
>>> KESIMPULAN : Wanita yg tidak menutup aurat hanya dipandang dgn pndangan nafsu oleh lelaki,dan wanita yg menutup aurat akan dipandang dgn pndgn akal dan iman..
P/S: Mat rempit pon pandai hormat dgn wanita yg menutup aurat..fikir-fikirkan..
✿ Ya Allah, izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga,
✿ Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
✿ Harum wanginya dengan ilmu agama,
✿ Cantiknya kerana iman dan taqwa.
✿ Namun keindahan zahirnya disimpan rapi,
✿ Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
✿ Bukan perhatian mata ajnabi,
✿ Yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi.
✿ Wajahnya bukan mengundang dosa,
✿ Timbulkan duri yang memagari dirinya agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan haruman sejati,
✿ Yang memudarkan kecantikan diri untuk Kau calonkan dirinya sebagai bidadari syurga Mu. Ameen
Allah s.w.t berfirman yang
bermaksud:
"Wahai anak-anak Adam!
Sesungguhnya Kami (Allah) turunkan kepada kamu pakaian PENUTUP AURAT dan
PAKAIAN PERHIASAN dan (juga) PAKAIAN TAKWA, inilah yang lebih baik. Demikian
itulah ayat-ayat Allah, semoga mereka ingat." (Al-A'raf 7-26)
Allah suruh kita berpakaian,
smart-smart, cantik-cantik bagi seluruh anak Adam (bukan orang Islam sahaja)...
Allah tak pernah halalkan pun
anak Adam membuka aurat mereka sesama sendiri melainkan kepada yang halal
(berbalik pula kepada Islam yang berhubungan mengikut syariat).
Pakaian takwa, adalah pakaian
yang mengikut syariat.
Ingat, asal sesuatu hukum
adalah harus SELAGI tidak ada nas yang menghukumkan sesuatu itu sebagai haram.
Jadi, apakah alasannya bagi
kita semua untuk tidak memakai pakaian yang menutup aurat..?
Dan apakah hujah yang boleh
kita sandarkan bahawa orang yang memakai perhiasan itu (mengikut syariat) riak
atau menunjuk-nunjuk?
Nabi s.a.w. pakai minyak
rambut, bersikat rambut, tapi kita biarkan rambut kita kering dan kelihatan
tidak kemas, adalah kita rasa kita lebih bertaqwa
daripada Nabi s.a.w.?
Serban, jubah, ridaq, adakah
pakaian seperti ini adalah TABARRUJ padahal Nabi s.a.w lebih bertaqwa kepada
kamu?
Nabi s.a.w. suka memakai
minyak wangi, adakah itu dikatakan sebagai berlebihan? Padahal Nabi s.a.w wangi
sentiasa dan Baginda s.a.w adalah orang yang paling bertaqwa... Miskin atau
kaya bukan menjadi penghalang. Kita semua tahu, bagaimana Nabi s.a.w begitu
zuhud dalam kehidupannya, iaitu bersederhana...
Ambillah Nabi s.a.w. sebagai
contoh... Jubah, adalah pakaian yang menutup aurat, serban pula adalah hiasan..
Kiaskan pula kepada perhiasan yang diharuskan di dalam Islam.
Contoh perhiasan yang mengikut
syariat adalah lelaki memakai pakaian lelaki, dan perempuan memakai pakaian
perempuan. Simple... Cuma, perempuan tidak diharuskan untuk menunjukkan
perhiasannya kepada orang yang tidak berhak padanya iaitu lelaki
ajnabi...
Wallahualam...
Jom pakai lawa-lawa.
Orang Islam mesti pakai
cantik-cantik~ >_<