Isnin, 11 Jun 2012

☀♥•*¨`*•.*► Doa ku untuk sahabat2 ukhti ◄*.•*¨`*• ♥☀

Pernah satu hari saya pegi ke sbuah shopping complex,kemudian ade la mat2 rempit dok melepak kt satu sudut,kemudian berlaku 1 kejadian yg buat saya tertarik..

pertama: lalu sorg minah seksi..
...
mat rempit: "fuyyoo,seksi gile..geram plak aku tgk body die,kalo la aku dpt ni..hishh"

kedua: lalu plak dua org muslimah yg cukup lgkap dgn jubah dan tudung labuh

mat rempit: "perghh,cun btul awek dua org ni,kalo dpt buat bini ni,bertuah la badan"

kwn si rempit: "assalamualaikum kak long..jalan elok2 ye" (cube mengorat gak)

>>> KESIMPULAN : Wanita yg tidak menutup aurat hanya dipandang dgn pndangan nafsu oleh lelaki,dan wanita yg menutup aurat akan dipandang dgn pndgn akal dan iman..

P/S: Mat rempit pon pandai hormat dgn wanita yg menutup aurat..fikir-fikirkan..

Ya Allah, izinkan sahabatku menjadi sekuntum bunga,

Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,

Harum wanginya dengan ilmu agama,

Cantiknya kerana iman dan taqwa.

Namun keindahan zahirnya disimpan rapi,

Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,

Bukan perhatian mata ajnabi,

Yang menjadi punca fitnah hati dari lelaki yang berjiwa sepi.

Wajahnya bukan mengundang dosa,

Timbulkan duri yang memagari dirinya agar terpelihara dari noda duniawi yang menghilangkan haruman sejati,

Yang memudarkan kecantikan diri untuk Kau calonkan dirinya sebagai bidadari syurga Mu. Ameen
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami (Allah) turunkan kepada kamu pakaian PENUTUP AURAT dan PAKAIAN PERHIASAN dan (juga) PAKAIAN TAKWA, inilah yang lebih baik. Demikian itulah ayat-ayat Allah, semoga mereka ingat." (Al-A'raf 7-26)
Allah suruh kita berpakaian, smart-smart, cantik-cantik bagi seluruh anak Adam (bukan orang Islam sahaja)...
Allah tak pernah halalkan pun anak Adam membuka aurat mereka sesama sendiri melainkan kepada yang halal (berbalik pula kepada Islam yang berhubungan mengikut syariat).
Pakaian takwa, adalah pakaian yang mengikut syariat.
Ingat, asal sesuatu hukum adalah harus SELAGI tidak ada nas yang menghukumkan sesuatu itu sebagai haram.
Jadi, apakah alasannya bagi kita semua untuk tidak memakai pakaian yang menutup aurat..?
Dan apakah hujah yang boleh kita sandarkan bahawa orang yang memakai perhiasan itu (mengikut syariat) riak atau menunjuk-nunjuk? 
Nabi s.a.w. pakai minyak rambut, bersikat rambut, tapi kita biarkan rambut kita kering dan kelihatan tidak kemas, adalah kita rasa kita lebih bertaqwa 
daripada Nabi s.a.w.?
Serban, jubah, ridaq, adakah pakaian seperti ini adalah TABARRUJ padahal Nabi s.a.w lebih bertaqwa kepada kamu?
Nabi s.a.w. suka memakai minyak wangi, adakah itu dikatakan sebagai berlebihan? Padahal Nabi s.a.w wangi sentiasa dan Baginda s.a.w adalah orang yang paling bertaqwa... Miskin atau kaya bukan menjadi penghalang. Kita semua tahu, bagaimana Nabi s.a.w begitu zuhud dalam kehidupannya, iaitu bersederhana... 
Ambillah Nabi s.a.w. sebagai contoh... Jubah, adalah pakaian yang menutup aurat, serban pula adalah hiasan.. Kiaskan pula kepada perhiasan yang diharuskan di dalam Islam.
Contoh perhiasan yang mengikut syariat adalah lelaki memakai pakaian lelaki, dan perempuan memakai pakaian perempuan. Simple... Cuma, perempuan tidak diharuskan untuk menunjukkan perhiasannya kepada orang yang tidak berhak padanya iaitu lelaki ajnabi... 
Wallahualam...
Jom pakai lawa-lawa.
Orang Islam mesti pakai cantik-cantik~ >_<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan